Thursday, 19 December 2013

PENGENALAN

GE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 1 2013/2014
JUMAAT (11 – 12 TGH)
DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS



NAMA : NIK MOHAMED KAMIL B MOHAMED GHAZALI
NO. MATRIK : A142185
PROGRAM : SUKAN DAN REKREASI
TAHUN PENGAJIAN : 2
EMAIL : tulips_bunga@yahoo.com
NO. TELEFON : 0132094420
NO. TELEFON RUMAH : -
ALAMAT KOLEJ :  K5B KOLEJ AMINUDIN BAKI,43600 UKM BANGI, SELANGOR
ALAMAT RUMAH : KAMPUNG BUKIT TANAH, 16810 SELISING, PASIR PUTEH, KELANTAN.

Monday, 16 December 2013

ESEI KUMPULAN

SISTEM LATIHAN DIKALANGAN ATLET SEKOLAH SUKAN DENGAN SEKOLAH HARIAN BIASA.


1.0       PENGENALAN

            Pelajar mempunyai perbezaan di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas, minat,  kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri  untuk menerima dan bertindak balas dengan persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan  rangsangan dalaman, proses pembelajaran dan pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah  berdasarkan tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.

            Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang  kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar. Di mana, gaya pembelajaran memberi ruang  kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mencapai keputusan akademik yang  cemerlang.

            Gaya pembelajaran murid yang aktif contohnya pelajar sekolah projek sukan adalah berbeza dengan pelajar sekolah harian biasa. Walaupun prestasi akademik mereka sama, kaedah pembelajaran adalah berbeza antara pelajar sukan dan bukan pelajar sukan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti, sikap, motivasi, kekangan masa dan sistem pengurusan diri pelajar.

            Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sistem latihan dikalangan atlet sekolah sukan dengan sekolah harian biasa. Kajian ini dilakukan supaya jurulatih dapat mencari alternatif  untuk memperbaiki prestasi sedia ada kepada yang lebih efisien dan juga kepada pelajar sendiri untuk melakukan penambahbaikan dalam pencapaian  masing-masing.


2.0       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

I.         Mengenalpasti  sistem latihan dikalangan atlet sekolah  sukan dan pelajar sekolah harian biasa.

II.       Membuat perbandingan antara sistem latihan dikalangan atlet disekolah sukan dengan pelajar sekolah harian biasa.

III.      Memberikan pendedahan kepada atlet tentang sistem latihan yang berkesan.


3.0       KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan kepada bidang
kokurikulum, guru pendidikan jasmani, atlet dan ibu bapa.

I.         Bidang kokurikulum

Bidang kokurikulum misalnya Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, dan Majlis Sukan Daerah dapat merangka program latihan yang efisien kepada sekolah sebagai cadangan penambahbaikan mengikut spesifiasi pencapaian murid. Ianya juga dapat dijadikan rujukan prestasi dan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.

II.        Guru Pendidikan jasmani

Kajian ini juga dapat membantu guru pendidikan jasmani menepati kehendak dan  perubahan arus  globalisai dalam bidang kesukanan pada masa hadapan. Amalan dalam sistem latihan yang sesuai dan berkesan pastinya akan mendatangkan hasil yang baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian prestasi para pelajar. Selain itu,gaya latihan guru yang kreatif dan bersesuaian dengan tahap pelajar sudah tentu mendatangkan keseronokan dan keberkesanan dalam sistem latihan dikalangan atlet.

III.       Atlet

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu atlet memilih kaedah yang terbaik untuk meningkatkan prestasi latihan mereka. Hal ini amat penting supaya atlet  boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa melakukan latihan serta memperbaiki teknik latihan yang lebih sistematik.

IV.       Ibu bapa

Selain itu, kajian ini dapat juga dijadikan rujukan dan sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga atlet tersebut untuk memberi motivasi kepada mereka bagi memperoleh pencapain dan juga mutu permainan ke arah yang lebih cemerlang dalam bidang sukan.


4.0       METODOLOGI KAJIAN

 I.                     Kaedah kajian

            Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Bermakna kami hanya menjalankan soal selidik. Kami telah menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A ( latar belakang responden ), bahagian B ( sukan dan akademik ) dan bahagian C ( sitem latihan ).

II.                     Lokasi kajian

Kajian telah dilakukan di dua buah sekolah iaitu :

·         Sekolah sukan
·         Sekolah harian biasa

III.         Responden

            Responden terdiri daripada pelajar menengah atas di kedua-dua buah sekolah. Umur pelajar dalam lingkungan 15-17 tahun. Responden merupakan pelajar sekolah berikut. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Pelajar terdiri daripada kumpulan pelajar yang aktif bersukan.


5.0       DAPATAN KAJIAN

Kajian 1

Setiap responden mempunyai bidang sukan yang berbeza. Antara sukan yang diceburi adalah :

·         Badminton
·         Bola baling
·         Bola sepak
·         Bola tampar
·         Futsal
·         Softball
·         Hoki
·         Bola jarring
.         Basikal


JADUAL 1

Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian bidang sukan di antara pelajar sukan dan pelajar sekolah harian biasa. Bola Sepak merupakan salah satu sukan yang popular di kedua-dua sekolah. Hal ini mungkin kerana sukan bola sepak adalah merupakan salah satu sukan popular di Malaysia. Mungkin itu menjadi salah satu motivasi kepada mereka. Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan di sekolah.


Kajian 2
JADUAL 2



Berdasarkan analisis data, sistem latihan dikalangan atlet adalah berbeza mengikut jadual latihan. Atlet sekolah harian biasa berlatih hanya berlatih 8 hari dalam sebulan manakala atlet sekolah sukan berlatih 14 hari dalam sebulan. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar sekolah harian biasa tidak mendapat latihan yang cukup untuk meningkatkan prestasi mereka . Hal ini mungkin jurulatih di sekolah harian biasa tidak menjalankan tanggungjawabnya dan hanya sebagai memenuhi syarat sahaja. Latihan yang tidak mencukupi sebenarnya mengganggu prestasi atlet untuk menjadi lebih cemerlang kerana ianya akan menurunkan kecergasan fizikal seseorang atlet.

Kajian 3
JADUAL 3

Sememangnya setiap pelajar mempunyai sistem latihan yang berbeza-beza. Dalam kajian ini, kami fokuskan  kepada dua bentuk sistem latihan iaitu latihan berdasarkan turun temurun dan latihan berdasarkan bateri latihan yang telah dirancang. Ternyata majoriti atlet di sekolah harian biasa mengamalkan kaedah latihan secara turun temurun. Kaedah latihan turun temurun  sememang tidak berkesan untuk digunakan. Hal ini kerana, tahap kecergasan atlet tidak meningkat kerana mereka melakukan rutin harian yang sama dan tidak menumpukan kepada aspek yang boleh meningkatkan stamina dan kemahiran dalam bidang seseorang atlet tersebut. Oleh itu,jurulatih di sekolah harian biasa perlu merujuk kepada Majlis Sukan Negeri untuk memberi latihan kepada atlet mereka

Kajian 4
JADUAL 4



Dalam bidang kesukanan, imbuhan merupakan satu ganjaran untuk atlet bagi memperolehi kemenangan. Di sekolah sukan, mejoriti atlet bersetuju bahawa mereka mendapat ganjaran bagi setiap kejohanan yang mereka. Dalam kajian ini, atlet lebih bersemangat jika mendapat ganjaran apabila menyertai sesuatu kejohanan. Selain itu juga, Ibu bapa juga berperanan dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka didalam sesebuah pertandinganutama kerana di sekolah mereka. Mereka tidak boleh hanya melepaskan batuk di tangga dan meletakkan semua tanggungjawab tersebut kepada jurulatih secara langsung.


6.0          KESIMPULAN

             Atlet mempunyai tahap kecergasan fizikal yang berbeza terhadap sistem latihan yang diberikan. Atlit juga belatih cara berkala bagi mengekalkan tahap kecergasan secara konsisten supaya sentiasa bersedia untuk sesuatu kejohanan.

           Latihan yang berterusan tidak hanya dapat mengekalkan kecergasan atlet bahkan atlet dapat menguasai teknik-teknik dan seterusnya dapat diaplikasinya didalam perlawanan. Latihan yang melibatkan usaha untuk menguasai kemahiran dan ketekalan di samping mengekalkan tahap kecergasan. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencuba dan mengaplikasikan semula teknik yang dilatih sebagai proses beradaptasi.

           Oleh itu untuk berjaya, atlet perlu selalu berlatih dan menguasai bidang sukan yang diceburi untuk mendapatkan kemahiran. Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya atlet yang berhadapan dengan konflik kecederaan apabila tidak mengikuti sistem latihan yang sesuai. Masalah berlaku apabila sistem latihan atlet tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan kehendak jurulatih. Akibatnya atlet berisiko untuk cedera dan tidak fokus menyebabkan atlet tidak menjuarai pertandingan.

            Salah satu cara mengenalpasti kebolehan atau prestasi seseorang atlet dalam latihan adalah dengan menyedari kebolehannya. Penggunaan sistem latihan yang tepat dapat membantu seseorang atlet mengetahui dan memahami tahap kebolehan dan kemahiran dalam latihan. Atlet  yang tahu menggunakan latihan yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai tahap kecergasan yang cemerlang.

            Dalam usaha untuk mendapat karier sebagai seorang atlet, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang atlet perlu menitikberatkan tentang cara latihan yang diambil supaya dapat mengelakkan masalah kegagalan. Oleh itu, kajian mengenai sistem latihan dikalangan atlet di sekolah perlu dibuat supaya proses dan prestasi atlet dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran bidang kokurikulum sekolah mengenai sistem latihan di kalangan atlet juga boleh membantu pentadbiran sekolah menyediakan persekitaran dan sistem latihan yang lebih sesuai dengan pencapaian atlet.


7.0       RUJUKAN

B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.

Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala Lumpur. Terbit Sri Maju Sdn. Bhd.

Fox E.L & Mathews D.K. 1981. The Physiological Basics of Physical Education and Athletcs USA. Saunders College Publishing.

O’shea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed. London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc.

Rax Hazeldine. 1992. Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd.

Trevor Slack. 2000. USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia.

Tudor O. Bompa. 1994. Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt Publishing Company.

Vasudevan T. Arasoo (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.




Monday, 25 November 2013

10 GAMBAR ALATAN TEKNOLOGI DALAM BERSUKAN





JENAMA kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus. Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.
Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.
Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.
Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi. Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.
Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.
Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.
Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil.



Apabila Rollerblade pertama kali dicipta, rata-rata pengguna roller skate menganggap ia tidak berapa selamat dan merbahaya. Kini, pengguna rollerblade pula mungkin akan menganggap evolusi terbaru ciptaan ini yang diberi nama Chariot skate pula berbahaya.
Bagi yang pertama kali melihat chariot skate ini, mungkin akan menganggap ia tidak lebih sebagai rollerblade yang menggunakan tayar bersaiz basikal dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan luar biasa. Ternyata anda silap. Kelebihan Chariot skate ini ialah ia mampu mencapai tahap momentum yang tinggi dan lebih kestabilan dalam mengawal kelajuan. Jika menggunakan rollerblade yang biasa, anda perlu lebih tenaga dalam “menghayunkan” tubuh untuk menghasilkan kelajuan kerana rodanya yang kecil’Chariot skate juga boleh diluncurkan pada permukaan yang tidak rata dan diatas rumput, sama seperti yang dapat dilakukan jika menunggang basikal yang mana memang mustahil untuk dilakukan jika menggunakan rollerblade.
Ya.. Chariot skate ialah sebuah basikal tanpa tempat duduk dan tidak boleh membawa pembonceng.
Untuk memberhentikan chariot skate ini, pengguna boleh menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh roller blade. Pengguna juga boleh menggunakan tangan jika mereka memakai sarung tangan.
Sebagai tambahan, roda kecil pada bahagian belakang telah ditambah untuk memberikan lebih kestabilan. Menurut perekanya, pengguna akan menikmati pengalaman seperti meluncur ski ais dan bukannya seperti “feel” meluncur menggunakan roller blade atau roller skate.




Kini memperkenalkan sebuah Performance Technology, POWER BALANCE yang merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:
-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.
Banyak orang yang telah merasakan akibat langsung dari kelebihan yang ditawarkan oleh POWER BALANCE.
Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh
3. Mengurangkan stress dan sakit
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan.
POWER BALANCE telah dipakai oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti
-Surfer pro seperti Andy Irons (tiga kali Juara Dunia
-C Ronaldo, Pemain bolasepak real madrid
-Shaq O Neille – NBA Basketball
-David Beckham – LA Galaxy Soccer
Dan Ramai Lagi




KASUT SPIKE TERKINI
Direka untuk menang.Merupakan penerokaan bahan-bahan, teknologi dan proses reka bentuk peralatan khusus yang berpotensi meningkatkan prestasi pecutan. Penyiasatan saintifik telah menunjukkan bahawa penalaan sifat mekanikal kasut pecut kepada kebolehan fizikal atlet.Boleh meningkatkan prestasi sehingga 3.5%, kerana peningkatan sebanyak 0.7% sudah boleh membuat perbezaan yang signifikan dalam  pecutan.



Menggunakan pengadil tambahan yang memantau permainan pada skrin. Dan selepas membuat keputusan melalui bluetooth setelah menilai permainan melalui skrin digital.
“Pengadil Mata Ketiga”. Oleh itu,sebagai contoh, apabila seseorang pemain berada dalam keadaan offsaid, pengadil video digital akan memberi cahaya merah kepada ketua pengadil  untuk beliau membuat keputusan yang objektif. “Pengadil Mata Ketiga” – keputusan yang terbaik.




Merupakan alat terbaru untuk mengukur masa yang diambil oleh seseorang pelari pecut.Pelari boleh menilai tahapnya sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk mengambil masa larian.Alat in akan mengeluarkan bunyi sebelum masa diambil sebagai peringatan untuk permulaan larian.




Merupakan alat terbaru yang boleh membantu peninju mengurangkan risiko kecederaan ketika pertandingan mahupun latihan dijalankan.Alat ini memberi perlindungan penuh pada bahagian gigi dan gusi berbanding alat kebiasaan yang digunakan.




Alat bantuan kardiovaskular ini membantu individu melakukan latihan kekuatan kardiovaskular hanya di dalam rumah.dengan adanya alat ini.individu tidak perlu ke gim untuk melakukan latihan


Gogle terbaru ini merupakan alat yang dicipta khas daripada bahan2 yang lebih ringan.Gogle ini membantu atlet melakukan renangan dengan lebih pantas kerana berjaya mengurangkan rintangan




Helmet football yang direka khas menggunakan bahan yang lebih ringan tetapi kuat.Dengan adanya teknologi ini.Pemain dapat meningkatkan mutu permainan dan keselamatan mereka.